If you realize the unity of your Self amid the diversities of your surroundings, then anything will not seem an impossible thing to you. Surf. Sun. Sand. Shanti. Ohm.

kerana nyamuk seekor, habis kelambu terbakar

Posted: September 1st, 2008 | Author: jennihsurf | Filed under: Childhood, Dreams, weekend | Tags: , , , , | 1 Comment »

the long hesitated merdeka post.

***

 

Dah lama saya duduk terfikir.. adakah saya ingin mengenang kembali nostalgia menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia. Ingin sekali saya tidak memikirkan akan isu ini tetapi otak kecil ini asyik sahaja, keliru, rasa tidak senang hati, dan mungkin sedikit rasa sedih.. akan apa yang sedang berlaku di dalam negara ini.

 

Saya ingat lagi…

 

Tahun lepas, lagu sudirman 31 ogos berkumandang selama satu bulan dalam kereta proton saya. Kereta kebanggaan saya yang telah terbakar dan tidak lagi exist secara fizikal ataupun dalam hati saya lagi. Saya ingat lagi… betapa bangganya saya terhadap negara ini.. terhadap segala pembangunan yang ada, mahupun sedikit, betapa gembiranya rasa hati apabila saya menyanyi lagu keranamu malaysia dalam kereta dengan kuat dan dengan semangat berkobar kobar walaupun passenger saya rasa yang saya ini sungguh aneh sekali. Tidak mengapa untuk saya, asalkan saya dapat berkongsi rasa patriotik ini dengan kenal-kenalan saya… saya rasa saya telah menunaikan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia.

 

Satu tahun telah berlalu.

 

Banyak yang telah berlaku.

Banyak juga, yang telah saya lalui. Dari politik, Media massa, Ketidakadilan, Polis, Rasuah, Saman, Kenaikan harga barang, etc.. 

Banyak yang kamu tidak ketahui. banyak… yang tidak dapat saya perkatakan.

 

Jika dikenangkan tahun lepas… mahupun tahun tahun sebelumnya.. bulan ogos adalah bulan dimana jalur gemilang berkibar megah di mana mana sahaja. Saya sungguh gembira melihat bendera malaysia berkibar dan kian menyuruh kawan kawan saya membeli jalur gemilang.. dan mempamerkannya di kereta. 

Tahun ini keadaan telah berubah. Saya tidak menyangka keadaan adalah begitu teruk sehingga di sepanjang jalan.. hanya satu atau dua kereta sahaja yang mempunyai bendera Msia. Ia sungguh sedih sekali melihatkan ia adalah bulan menyambut kemerdekaan negara.

 

Apakan daya.

 

Saya sendiri tidak lagi… mempunyai semangat patriotik untuk negara saya, apatah lagi orang lain.

Saya rasa jelak.. apabila isu politik diperkatakan. Saya rasa benci, apabila perkataan polis digunakan. Saya rasa sedih… apabila isu kereta dimulakan.

Adakah ia satu kesalahan? Untuk mempunyai perasaan sebegini untuk negara sendiri? 

 

Kekadang saya terfikirkan, untuk memerintah negara tidaklah senang. Untuk menjamin perpaduan kaum bukan sekadar dengan membaca buku sejarah.. Untuk mengenang dan mengingati dan memahami makna kemerdekaan, bukan dengan hanya mengibar bendera sahaja….

 

Saya percaya, di sebalik semua rasa benci dan geram dalam hati saya, masih ada satu sudut.. di mana saya percaya keadaan akan berubah satu hari nanti.Di mana keyakinan saya terhadap pemimpin pemimpin negara akan kembali. Di mana satu hari nanti.. akan saya kibarkan jalur gemilang dan berasa bangga lagi…Dan untuk semua ini berlaku… saya percaya ia bukan mudah, dan banyak akan berlaku, sebelum air tenang semula di mana keamanan dan perpaduan kaum akan kembali.

 

Mungkin negara tidak lagi cantik berseri seri.

Mungkin negara tidak lagi membangun pesat dengan kemajuan.

Tetapi..

 

Inilah tanahairku. 

 

Mari kita berdoa, supaya kita jaya makmur dan bahagia, hidup aman, kekal dan abadi.

Malaysia adalah tanah air kita. Kita harus percaya, dan memperjuangkan apa yang telah dikecapi, kemerdekaan kita.

Makna merdeka, lebih dari apa apa pun di negara ini. Kita harus ingat, bagaimana kita pernah dijajahi, nenek moyang yang pernah melalui susah perit hidup, untuk kehidupan yang aman kita ada hari ini, kita harus ingat… semua ini tidak senang untuk kita perolehi.

 

 

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-51, Malaysia.

Tidak akan saya lupa… apa yang telah saya tuliskan pada hari ini, kerana saya akan mengenang kembali pada tahun tahun akan datang… apa yang telah membentuk negara Malaysia menjadi lebih maju lagi.

 

-J


1 Comment

(Required)
(Required, will not be published)